UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. Secara jujurnya, saya tak pernah terfikir atau terbayang nak further degree dekat negeri Kelantan hmm 😔. Time tu saya berharap sangat supaya dapat masuk sebuah universiti dekat Johor Bharu. Jadi pilihan lain macam tak endahkan sangatlah. Tetapi itulah orang cakap, kekadang yang kita tak suka, tu lah terbaik untuk diri kita. Tipulah saya cakap tak sedih masa result upu keluar tu, menangis kecewa masa tu ( macam orang baru putus cinta ). Saya siap merayu dekat abah supaya guna orang dalam nak tukar U lain masa itu. Berkat dorongan abah dan umi, serta nasihat dieorang, saya relakan dalam terpaksa. Melangkah pergi walaupun perit cewahh haha 😂.
Masa hari pertama dekat negeri Kelantan, kiteorang tidur dekat hotel Renaissance. Kalau ikutkan, ni lah kali pertama saya menjejakkan kaki ke negeri Kelantan. But seriously, masa ni saya takde feeling pape. Tak happy, tak sedih, tak nervous, perasaan biasa biasa je. Maybe I just follow the flow?
Renaissance Hotel Kota Bharu
Masa hari pendaftaran tu, masa tu hujan renyai renyai. But saya 'tabik spring' dekat fasilitator yang sanggup angkat beg beg dan barang barang student@junior. Masa tu, saya macam kagum lah jugak tengok kebaikan senior senior UMK.
Bermulalah kehidupan saya di UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KAMPUS KOTA. Masa minggu orientasi atau 3m tu, tipu kalau saya cakap saya suka duduk sini. Biasalah bila orang tak biasa berdikari, basuh baju sendiri, berkongsi bilik. Bila kena lalui semua tu macam benci gila. Perasaan time tu, Allah jela yang tahu. Dahla rindu family, rumah semua hmm. Sampailah satu hari, ada seorang fasi ni, lelaki ( tak ingat nama ), dia nasihat kiteorang, dia cakap ' tak suka manapun korang dekat UMK ni, jagalah nama baik UMK sampai bila bila, jangan menghina dan mengutuk UMK di dunia luar, sebab dekat sini lah tempat kita menuntut ilmu. ' saya rasa macam ayat dia deep (maybe for me).
Masa tu terdetik dalam hati saya, ' why not aku bagi peluang untuk diri aku, sayang UMK dan terima perubahan dalam hidup'. Macam mana student lain bangga dengan U dieorang, begitulah juga saya bangga dengan UMK. Di sini lah saya belajar erti menghargai dan berdikari. Jadi, kepada junior junior atau sesiapa yang dapat tawaran UMK janganlah fikir dua kali, samaada nak masuk or tak UMK. Just grab the opportunity and ,make UMK better daripada U lain. Serious korang takkan menyesal. Yang penting kena tanam perasaan sayang 💕.
UMK mesti akan setaraf dengan U yang megah lain pada satu hari nanti.! Sesama kita banggakan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN di mata masyarakat dan dunia 💚
Saturday, 7 May 2016
Kawan Perempuan Pertama
Saya rasa semua orang mesti ada kawan, dalam ramai ramai kawan tu, mesti akan ada sorang yang paling kau rapat and sayang. Macamtu lah jugak saya, saya ada seorang kawan perempuan yang paling baik and rapat sejak bangku sekolah lagi. Nama dia Fathiyah binti Ariffin.
Ni Tyah
Yang mana kenal saya, mesti tahu saya macam mana. Boleh bilang jari je kawan perempuan yang saya ada hahaha. Mungkin sebab dari kecil dah biasa bergaul dengan lelaki. So jadi macam lagi prefer kawan dengan lelaki sikit. Lagipun saya macam awkward kalau nak bergaul dengan perempuan. Maybe im just like narrow minded person. Berbalik kepada Tyah, kiteorang kenal since form 4. Memula kenal Tyah nampak dia macam pendiam gila. Tetapi bila makin lama kenal, baru tahu dia ni baik gila plus baik sangat. Serius dia selalu ada bila saya susah. Masa saya memerlukan dia tak lokek hadir menemani saya.
Dalam kelas
Kiteorang satu sekolah sampailah tingkatan enam. Dekat sekolah, semua dah tahu kiteorang macam belangkas haha ( bukan lesbian okay ). Cikgu cikgu semua dah tahu kiteorang memang selalu bersama. Seorang tak datang sekolah, seorang lagi mesti tak datang jugak 😅😅. Kiteorang ni kepoh dalam kelas, dahla duduk paling belakang. Cikgu cikgu selalu aim kiteorang kalau nak tanya soalan. Sebab cikgu tahu kiteorang tak pay attention dalam kelas. Sebabnya, Tyah selalu tidur dalam kelas, saya pulak selalu main laptop tengok youtube ( masa ni pelajar tingkatan 6 dibenarkan bawak laptop ) . Jangan tiru tabiat buruk kiteorang ni tau!! Tetapi, Alhamdulilah walaupun kiteorang antara pelajar nakal sekolah, kiteorang antara best student masa STPM 2014 🎓.
Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SPM&STPM
Ni semua berkat doa umi dan abah tercinta. Tak lupa juga para pendidik SMK ALOR AKAR, KUANTAN. Jasa mereka tetap dalam ingatan. Tanpa mereka tak mungkin saya mampu dapat pointer 3.42 dan Tyah 3.11 dalam STPM. Lepas STPM haritu kiteorang memang plan nak sama universiti. Tapi kuasa Allah melebihi segalanya, rezeki tidak menyebelahi kami. Aku dapat UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN, sementara Tyah dapat UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
Alhamdulilah, walaupun jarak memisahkan. Kami tetap bersahabat sampai sekarang. Indahnya jika persahabatan itu dihadirkan dengan niat kerana Allah dan niat yang baik. Pasti segalanya akan jadi baik. Dialah kawan perempuan pertama yang saya kenal dan baik sampai sekarang ❤
Pengalaman ( Perayaan )
Well puasa dah tak lama, jadi bolehlah kalau saya bercerita pasal pengalaman saya sambut hari raya. Tanya jela sesiapa tak kira kanak kanak atau orang dah dewasa, semestinya mereka suka kalau sambut hari raya. Macamtu jugak kalau saya 😄😄 walaupun umur dah nak masuk 21 tahun, perasaan bila nak sambut raya tu berkobar kobar lain macam ( but taktahu lah takut saya sorang je yang rasa felling macam ni ). Sebab yang paling utama, semestinya saya akan dapat duit raya yang banyak. Masyukkk maa 😄😄
Duit raya yang selalu dinanti hihi
Duit raya yang selalu dinanti hihi
Sebelum ni saya selalu sambut raya dekat rumah tok ( nenek sebelah umi ). Rumah tok saya dekat je dengan rumah saya, still dalam kuantan, dekat Kampung Seri Damai. Malam raya selalunya orang tua sibuk siapkan barang barang nak masak untuk pagi raya di dapur. Sementara kiteorang yang muda remaja ni 🙊🙊 akan kemas rumah dan letak kuih raya dalam balang kuih raya. Sebut pasal kuih raya? My fav kuih raya mestilah cornflake madu. Kuih raya kegemaran korang apa? Selalunya sebekas cornflake madu tu habis dekat saya sorang je dalam rumah tu 😂😂.
Cornflakes Madu kegemaran saya 😋
Cornflakes Madu kegemaran saya 😋
Pagi raya selalunya selepas solat raya, kiteorang akan pulang ke rumah tok saya balik dan akan saling bermaafan antara satu sama lain. Saat ni lah paling aku tunggukan, sebab masa ni lah semua orang akan bagi duit raya untuk kami 💲💲. Selepas makan, barulah kami akan bergerak ke menuju ke rumah tok peah ( nenek sebelah abah ) pula.
Tetapi, tahun lepas merupakan tahun pertama kami sekeluarga sambut raya sendiri. Ini berikutan, nenek kedua belah keluarga telah meninggal dunia. Walaupun tidak semeriah dulu lagi, kami tetap menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan hati yang girang.
Gambar sanak saudara saya
Gambar sanak saudara saya
Pagi raya kami tahun lepas, kami mulakan dengan solat raya di Masjid negeri ( dekat dalam bandar Kuantan, Pahang ). Selepas solat, kami pulang ke rumah dan makan bersama-sama. Kemudian, baru lah kami saling bermaafan antara satu sama lain. Time ni lah aku paling suka, sebab dapat duit raya daripada umi dan abah 💞💞.
Gambar kami satu keluarga
Walaupun raya kami tak semeriah dulu, tapi parents aku bijak memainkan peranan mereka. Mereka tidak membiarkan saya adik beradik bosan dan bersedih di rumah, sebaliknya membawa kami untuk menziarahi sanak-saudara yang terdekat dan merapatkan silaturahim antara keluarga.Gambar kami satu keluarga
Gambar saya adik beradik semasa raya tahun lepas
Pada saya, hari raya adalah hari kemenangan umat Islam dan tak wajar sekiranya kami bersedih hati dan hidup dalam melayan perasaan. In advance, I wish Selamat Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi. 💋
Tuesday, 3 May 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)