Saturday, 7 May 2016

I Love UMK ❤

    UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. Secara jujurnya, saya tak pernah terfikir atau terbayang nak further degree dekat negeri Kelantan hmm πŸ˜”. Time tu saya berharap sangat supaya dapat masuk sebuah universiti dekat Johor Bharu. Jadi pilihan lain macam tak endahkan sangatlah. Tetapi itulah orang cakap, kekadang yang kita tak suka, tu lah terbaik untuk diri kita. Tipulah saya cakap tak sedih masa result upu keluar tu, menangis kecewa masa tu ( macam orang baru putus cinta ). Saya siap merayu dekat abah supaya guna orang dalam nak tukar U lain masa itu. Berkat dorongan abah dan umi, serta nasihat dieorang, saya relakan dalam terpaksa. Melangkah pergi walaupun perit cewahh haha πŸ˜‚.

   Masa hari pertama dekat negeri Kelantan, kiteorang tidur dekat hotel Renaissance. Kalau ikutkan, ni lah kali pertama saya menjejakkan kaki ke negeri Kelantan. But seriously, masa ni saya takde feeling pape. Tak happy, tak sedih, tak nervous, perasaan biasa biasa je. Maybe I just follow the flow?

                          Renaissance Hotel Kota Bharu
                   
 Masa hari pendaftaran tu, masa tu hujan renyai renyai. But saya 'tabik spring' dekat fasilitator yang sanggup angkat beg beg dan barang barang student@junior. Masa tu, saya macam kagum lah jugak tengok kebaikan senior senior UMK.

   Bermulalah kehidupan saya di UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KAMPUS KOTA. Masa minggu orientasi atau 3m tu, tipu kalau saya cakap saya suka duduk sini. Biasalah bila orang tak biasa berdikari, basuh baju sendiri, berkongsi bilik. Bila kena lalui semua tu macam benci gila. Perasaan time tu, Allah jela yang tahu. Dahla rindu family, rumah semua hmm. Sampailah satu hari, ada seorang fasi ni, lelaki ( tak ingat nama ), dia nasihat kiteorang, dia cakap ' tak suka manapun korang dekat UMK ni, jagalah nama baik UMK sampai bila bila, jangan menghina dan mengutuk UMK di dunia luar, sebab dekat sini lah tempat kita menuntut ilmu. ' saya rasa macam ayat dia deep (maybe for me).

  Masa tu terdetik dalam hati saya, ' why not aku bagi peluang untuk diri aku, sayang UMK dan terima perubahan dalam hidup'. Macam mana student lain bangga dengan U dieorang, begitulah juga saya bangga dengan UMK. Di sini lah saya belajar erti menghargai dan berdikari. Jadi, kepada junior junior atau sesiapa yang dapat tawaran UMK janganlah fikir dua kali, samaada nak masuk or tak UMK. Just grab the opportunity and ,make UMK better daripada U lain. Serious korang takkan menyesal. Yang penting kena tanam perasaan sayang πŸ’•.

   UMK mesti akan setaraf dengan U yang megah lain pada satu hari nanti.! Sesama kita banggakan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN di mata masyarakat dan dunia πŸ’š

No comments:

Post a Comment