Well puasa dah tak lama, jadi bolehlah kalau saya bercerita pasal pengalaman saya sambut hari raya. Tanya jela sesiapa tak kira kanak kanak atau orang dah dewasa, semestinya mereka suka kalau sambut hari raya. Macamtu jugak kalau saya 😄😄 walaupun umur dah nak masuk 21 tahun, perasaan bila nak sambut raya tu berkobar kobar lain macam ( but taktahu lah takut saya sorang je yang rasa felling macam ni ). Sebab yang paling utama, semestinya saya akan dapat duit raya yang banyak. Masyukkk maa 😄😄
Duit raya yang selalu dinanti hihi
Duit raya yang selalu dinanti hihi
Sebelum ni saya selalu sambut raya dekat rumah tok ( nenek sebelah umi ). Rumah tok saya dekat je dengan rumah saya, still dalam kuantan, dekat Kampung Seri Damai. Malam raya selalunya orang tua sibuk siapkan barang barang nak masak untuk pagi raya di dapur. Sementara kiteorang yang muda remaja ni 🙊🙊 akan kemas rumah dan letak kuih raya dalam balang kuih raya. Sebut pasal kuih raya? My fav kuih raya mestilah cornflake madu. Kuih raya kegemaran korang apa? Selalunya sebekas cornflake madu tu habis dekat saya sorang je dalam rumah tu 😂😂.
Cornflakes Madu kegemaran saya 😋
Cornflakes Madu kegemaran saya 😋
Pagi raya selalunya selepas solat raya, kiteorang akan pulang ke rumah tok saya balik dan akan saling bermaafan antara satu sama lain. Saat ni lah paling aku tunggukan, sebab masa ni lah semua orang akan bagi duit raya untuk kami 💲💲. Selepas makan, barulah kami akan bergerak ke menuju ke rumah tok peah ( nenek sebelah abah ) pula.
Tetapi, tahun lepas merupakan tahun pertama kami sekeluarga sambut raya sendiri. Ini berikutan, nenek kedua belah keluarga telah meninggal dunia. Walaupun tidak semeriah dulu lagi, kami tetap menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan hati yang girang.
Gambar sanak saudara saya
Gambar sanak saudara saya
Pagi raya kami tahun lepas, kami mulakan dengan solat raya di Masjid negeri ( dekat dalam bandar Kuantan, Pahang ). Selepas solat, kami pulang ke rumah dan makan bersama-sama. Kemudian, baru lah kami saling bermaafan antara satu sama lain. Time ni lah aku paling suka, sebab dapat duit raya daripada umi dan abah 💞💞.
Gambar kami satu keluarga
Walaupun raya kami tak semeriah dulu, tapi parents aku bijak memainkan peranan mereka. Mereka tidak membiarkan saya adik beradik bosan dan bersedih di rumah, sebaliknya membawa kami untuk menziarahi sanak-saudara yang terdekat dan merapatkan silaturahim antara keluarga.Gambar kami satu keluarga
Gambar saya adik beradik semasa raya tahun lepas
Pada saya, hari raya adalah hari kemenangan umat Islam dan tak wajar sekiranya kami bersedih hati dan hidup dalam melayan perasaan. In advance, I wish Selamat Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi. 💋
No comments:
Post a Comment