Saturday, 7 May 2016

Kawan Perempuan Pertama

   Saya rasa semua orang mesti ada kawan, dalam ramai ramai kawan tu, mesti akan ada sorang yang paling kau rapat and sayang. Macamtu lah jugak saya, saya ada seorang kawan perempuan yang paling baik and rapat sejak bangku sekolah lagi. Nama dia Fathiyah binti Ariffin.

                                    Ni Tyah
        
   Yang mana kenal saya, mesti tahu saya macam mana. Boleh bilang jari je kawan perempuan yang saya ada hahaha. Mungkin sebab dari kecil dah biasa bergaul dengan lelaki. So jadi macam lagi prefer kawan dengan lelaki sikit. Lagipun saya macam awkward kalau nak bergaul dengan perempuan. Maybe im just like narrow minded person. Berbalik kepada Tyah, kiteorang kenal since form 4. Memula kenal Tyah nampak dia macam pendiam gila. Tetapi bila makin lama kenal, baru tahu dia ni baik gila plus baik sangat. Serius dia selalu ada bila saya susah. Masa saya memerlukan dia tak lokek hadir menemani saya.

                                   Dalam kelas
   
  Kiteorang satu sekolah sampailah tingkatan enam. Dekat sekolah, semua dah tahu kiteorang macam belangkas haha ( bukan lesbian okay ). Cikgu cikgu semua dah tahu kiteorang memang selalu bersama. Seorang tak datang sekolah, seorang lagi mesti tak datang jugak 😅😅. Kiteorang ni kepoh dalam kelas, dahla duduk paling belakang. Cikgu cikgu selalu aim kiteorang kalau nak tanya soalan. Sebab cikgu tahu kiteorang tak pay attention dalam kelas. Sebabnya, Tyah selalu tidur dalam kelas, saya pulak selalu main laptop tengok youtube ( masa ni pelajar tingkatan 6 dibenarkan bawak laptop ) . Jangan tiru tabiat buruk kiteorang ni tau!! Tetapi, Alhamdulilah walaupun kiteorang antara pelajar nakal sekolah, kiteorang antara best student masa STPM 2014 🎓.
                      Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SPM&STPM

   Ni semua berkat doa umi dan abah tercinta. Tak lupa juga para pendidik SMK ALOR AKAR, KUANTAN. Jasa mereka tetap dalam ingatan. Tanpa mereka tak mungkin saya mampu dapat pointer 3.42 dan Tyah 3.11 dalam STPM. Lepas STPM haritu kiteorang memang plan nak sama universiti. Tapi kuasa Allah melebihi segalanya, rezeki tidak menyebelahi kami. Aku dapat UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN, sementara Tyah dapat UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. 


Alhamdulilah, walaupun jarak memisahkan. Kami tetap bersahabat sampai sekarang. Indahnya jika persahabatan itu dihadirkan dengan niat kerana Allah dan niat yang baik. Pasti segalanya akan jadi baik. Dialah kawan perempuan pertama yang saya kenal dan baik sampai sekarang ❤

No comments:

Post a Comment